Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Pada tanggal 23 Mac 2011, hampir seluruh pelajar SPM 2010 telah mengambil keputusan SPM di sekolah masing-masing. Tidak terkecuali insan yang bernama Esah ni. Hahahahahakkktuihh...
Ayat Esah ni dah macam ayat dalam surat khabar yang konpem-konpem la kena kutuk kalau tunjuk kat editor surat khabar Metro. hah?!! Pahal tetibe Metro plak perginye?! Ok. Esah merepek. Maaf!
Pagi tu lepas Esah solat Subuh, Esah lepak-lepak kejap kat atas katil. Bila jarum panjang dah dekat pukul 8 pagi, Esah terus t\pergi mandi. Dalam pukul 9.30 baru Esah dan parent Esah gerak menuju ke emaresem Esah yang terChenta tu.
Setengah jam yang pertama berada di dalam kereta Esah cool lagi. Masuk minit ke 31, Esah terus buka seat-belt. Rasa macam tak senang duduk la. Esah rasa ayah Esah drive macam slow gila. Padahal abah dah speed sampai 120. Itulah kali pertama dalam hidup Esah rasa berdebar sesangat.
12.05 tengah hari Esah selamat sampai di perkarangan sekolah yang sangatlah Esah rindu sejak 3 bulan yang lalu. Turun dari kereta, Esah terus grab tangan mama sambil jalan menuju ke D.Bend. Ramai kawan-kawan Esah yang dah sampai dan Esah tengok muka diorang bahagia je. Okey. Esah takut sangat masa tu.
Sebelum melangkah masuk ke dalam dewan tersebut, Esah ternampak seseorang yang sangat Esah rindu selama ini. Tapi perasaan teruja nak ambil result SPM tu lagi membuak-buak. Jadi Esah lupakan dulu 'orang tu'.
Bila slip SPM Esah sampai kat tangan Esah, Esah tak tahu nak cakap apa. Rasa macam tak berpijak kat atas lantai dewan tu je. Gembira sangat-sangat. Kemudian Esah tunjuk keputusan Esah kat mama dengan Abah. Diorang ucap tahniah. Mama peluk Esah. Dan entah kenapa air mata Esah ni dengan mudahnya mengalir. Mama pelik la. Dia tak pasti tu air mata gembira atau sebaliknya. HARUSLAH air mata gembira.
Biarlah orang nak cakap apa pun tentang keputusan aku. Apa yang aku tahu, aku bangga dengan pencapaian aku tu. Alhamdulillah.
Lepas tu Esah pergi la jumpa cikgu-cikgu Esah. Dah habis jumpa cikgu semua, Esah ingat lagi ada orang tu janji nak jumpa dengan Esah. Ada benda yang nak dia katakan pada Esah. Esah tanya dia kat mana. Alih-alih dia kata dia dah balik!! huhh... Agak sedih la juga. Dia tak bagi tahu pun dia dah balik. Kalau Esah tak tanya dia, agak-agak ada ke dia nak bagi tahu Esah? hurmm.. Kecewa dengan dia buat kali ke berapa Esah tak tahu?
Then, Esah tanya apa yang dia nak bagi tahu Esah sampai beriya-iya kata nak jumpa Esah la konon tu..
Jawapan yang dia bagi sekali lagi buat Esah kecewa. Entah la. Lepas ni kitorang dah tak akan jumpa lagi.
Esah nak ucapkan selamat tinggal kat dia secara berdepan buat kali terakhir. Tapi tak ada rezeki nak jumpa.
Dah takdir tertulis macam tu. Esah reda. Cuma perasaan sedih tu tetap ada.
Lepas ni, kalau jumpa lagi, jumpa la.. Kalau tak jumpa, tak ada jodoh la maksudnya.. :']
ok lah.. Bye.
esah~~ saya ke yang dimaksudkan~~ ?maap ye kerana tidak dapat jumpa kamu~~
ReplyDeleteLOL..bukan kamu la nenek..tapi orang lain..:)
ReplyDeletedon't worry..next time kite ley jumpa..
hehe.. saya tahu esah ckp pasal sape. ngee~ XD
ReplyDeletehaha..hanis yg manis tau eyh...
ReplyDeletessyyy..jgn bg tau org ok..hahaha...
rahsia kerajaan kak esah ni..=P