Friday, 25 March 2011

apa yep lepas ni?hurmm...

SPM dah lepas. Tapi sekarang ni Esah rasa keliru la nak pilih bidang apa untuk sambung belajar??!!
Tak ada ke bidang asasi keibuan ke... Asasi rumah tangga ke.. Kalau ada memang konpem-konpem la Esah GRABB!!! hehe.. Nak senang je kan kau! Inilah anak muda zaman sekarang. *eh..tiba-tiba plak kau. LOL~~

Kawan-kawan Esah sekarang ramai yang bz nak cari scholarship. Tapi Esah tak rasa pun nak ambil mana-mana scholarship. Kenapa ye? Ntah la. Mungkin Esah rasa tak layak nak mohon biasiswa. Ramai lagi yang keputusan cemerlang terbilang. Tapi.. Esah pun tak tahu. Dah lah. Esah tak minat nak bercerita tentang biasiswa segala ni.

Esah nak cerita tentang sorang kawan Esah ni. Dia dapat tawaran sambung belajar daripada ALAM. Waaa!!!
Rezeki dia tu. Cuma dia dalam keadaan dilema nak terima atau tidak? Esah bagi tahu dia lebih baik dia pergi. Insyaallah cerah masa depan. Esah tahu apa yang menyebabkan dia keberatan untuk pergi. Dia tak sanggup nak tinggalkan ibu bapa dia. Lagi pun, dia anak tunggal. Esah faham keadaan dia.

Satu lagi yang menjadi kerungsingan dia adalah soal kahwin. Al-maklumlah... Kalau dah masuk ALAM ni 6 bulan sekali baru balik rumah. Sedih je bunyi. Kawan Esah ni sempat lagi bergurau. Dia cakap kalau satu hari nanti dia melamar Esah, adakah Esah akan terima? Hahaha.. Dia ni memang suka bergurau. Tambahan kami memang rapat. Tapi itulah.. Jodoh ni di tangan Allah. Tak mustahil kami ada jodoh. Cuma Esah tak berminat nak fikir tentang hal tersebut buat masa sekarang ni. Belum sampai 'seru' lagi la. Ok. :)

Apa-apa pun Esah harap Esah buat keputusan yang bijak untuk sambung belajar dalam bidang apa lepas ni.
Biarlah apa yang Esah akan ceburi selepas ini akan mendatangkan kebaikan kepada agama, bangsa dan negara. Amin ~~

Baiklah. Mari lihat foto di bawah. Khas untuk kawan Esah.. =)
Teringin juga Esah naik kapal merin ni..Huhu..


Esah doakan kau dapat jadi salah seorang daripada abang2 kat atas ni..=)

No comments:

Post a Comment