Kuliah hari ini tak lah memenatkan sangat. Sebab habis pukul 1.30 je. Then pergi beli buku segala. Aku nak cerita pasal kengkawan yang amat mencubit-cubit hati ku ni. Ahaii... Hiperbola la pule.. Wokeyh... Mereka yang aku maksudkan itu adalah kawan-kawan baru merangkap kawan satu group aku kat UiTM yang serba mewah dengan tangga-tangga kejayaan. =D
Sejujurnyalahkan masa mula-mula itu aku rasa kekok dengan mengkome-mengkome ni. Tapi bila dah lama-lama itu baru rasa chill. Nak dijadikan cerita, dorang tu lebih kurang je macam aku ni haa.. Cuma aku mungkin lebih baik. *tangan di dada dan pandang ke atas!SENTAP!! =P
Kalau korang dah baca blog aku ni mesti korang gembira tergolek-golek sebab aku rasa nak puji-puji je korang. Tapi aku rasa je la..Tak dicide lagi nak puji ke tak. Harharhar..
Ok baiklah korang memang happening. Tanpa korang mungkin hari-hari aku kat Puncak Alam terchenta ni mendung tak berangin je rasa. Kan..Kan..Kan... Aku harap persahabatan kitorang ni tak de lah setakat kat U ni je. Kepada anda yang berkenaan don't worry bebeyh! Kalau aku nak kahwin nanti aku pos kad kahwin aku kat korang. Tapi aku pos kat fb je lah. Then korang print sendiri yee.. Bukan apa, saving! *tangan di dada dan pandang ke atas! SENTAP!
Dah la tu. Nah!!! Pergi tengok gambar-gambar ni. Tak ada lah cantik mana kami ni. Tapi JELITA tu ada lah... Ahakss!!! =D
Mereka B8 : Syikin,Nas,Shud,Akulah,Fatin & Syafiqah.
Assalamualaikum. Tak jawab dosa.. Kalau jawab tandanya sayang... =P
Dah lama aku tak meng'update' blog yang suam-suam kuku je ni. Ahaihh... Bukan apa. BZ memanjang..(kononnya lah..) Al-maklumlah semenjak dah masuk alam baru ni, keadaan semua dah lain daripada dulu. No more cerita Korea. Facebook pon online malam je. Hari ini disebabkan kelas habis awal, sempatlah aku nak merepek sebarang dua kat blog ni.
Nah!! Hamek kau! Aku malas nak ulas panjang-panjang. Kat atas ni sudah pon aku ringkaskan apa yang aku rasa perlu untuk diberitahu di belog ni. *nampak sangat pemalas kau ni Esah! Ah..Kesah pula aku kan.. Suka hati la. Ok. Kelas dah start. Banyak buku nak kena beli. Kaching!!Kaching!!kaching!! Duit Mari...~~
Tapi tak apa lah. Dengan ilmu kita mana boleh berkirakan. Jadi kita redah je...
Aku nak upload gambar-gambar kat sini. Tapi tak terambil lagi gambar-gambar. Jadi, bila-bila aku nak update lagi belog ni nanti aku upload la gambar-gambar istimewa yang aku ada kat sini. Aisehh... Har..Har..Har... =D
Pada saat ini, hampir semua kawan-kawan Esah sedang 'hot' bercerita tentang scholarship yang mereka dapat.
Tapi tidak bagi Esah. Sebab apa eyh? Senang je. Jawapannya ialah Esah bukan mohon pon untuk pergi luar negara ni. Esah bukan tak mahu pergi belajar ke luar negara. Tapi Esah tak rasa pencapaian Esah dalam SPM haritu cukup layak untuk dijadikan sebagai tiket untuk mendapatkan tawaran biasiswa tersebut.
Rezeki masing-masing telah ditentukan oleh Allah. Esah brsyukur dengan apa yang Esah dapat sekarang ni. =)
Apa yang Esah fikir sekarang ini ialah bagaimana untuk menjadi seorang yang dewasa. Al-maklumlah.. Nak masuk universiti dah kan sekarang ini.Tak bolehlah nak jadi keanak-anakkan lagi. HALLO!!ESAH BUKAN KANAK-KANAK LAGI O.K.! Terima kasih.
Kejayaan hidup seseorang itu bukan bergantung kepada setinggi mana tahap akademik mereka. Tetapi setinggi mana usaha mereka dalam meneruskan kehidupan yang penuh dugaan ini. Tidak guna belajar sampai ke Negara China tetapi buta dalam "survival skill". Bak kata Abah Esah, "Tanpa survival skill dalam diri, jangan harap boleh berjaya dalam hidup,". Ada benarnya.
Jadi, Esah akan memantapkan kemahiran dalam kehidupan yang Esah bakal lalui ini. Tapi bagaimana untuk memantapkan kemahiran tersebut? Jawapannya ialah, melalui pengalaman. Jadi "GALILAH" sedalam mana pon untuk memperoleh pengalaman tersebut. Jangan takut untuk gagal. Kerana kegagalan itu adalah guru yang terbaik untuk kita belajar memajukan diri ini. Tidak perlu takut untuk keluar daripada 'zon selesa' diri sendiri. Dengan itu barulah kita dapat mengenal pasti sejuah mana kematangan kita dalam mengharungi hidup ini.
Janganlah dengki dengan Justin Bieber. Hampir semua gadis diseluruh dunia boleh dikategorikan sebagai 'peminat susah mati' Justin Bieber. Yep memang Justin Bieber selalu kena kiss dengan girl. Kau hader? Hell yeah!! Haruslah tak der kan. So guys.. Please be cool. Dah tersurat takdir dia macam tu. Kalau tak nak support dia, lantak la kau. Hader aku kesah?!
Eh. Tak memasal je terkeluar pasal anak Bieber ni pula. Hehe. Maaf.
Oke. Straight to the point. Sebenarnya tajuk entry ni merujuk kepada artis lelaki Korea. Diulang artis lelaki Korea.
Tak dinafikan hampir semua perempuan tak kira la muda mahu pun tua diseluruh dunia ni meminati artis K-POP ni. Khususnya artis lelaki. Bila tanya kenapa? Ramai yang akan jawab "sebab dorang sangatlah cute!!! Kacak, caring, loving, charming, sweet, candy dan bla..bla..bla.."
Berbakul-bakul pujian akan dilontarkan. Am I right??
Hakikatnya jawapan yang diberikan oleh para peminat artis Korea ni kebanyakannya berdasarkan apa yang mereka lihat. Maksud Esah macam ni. Esah ambil contoh drama Korea yang HIT!!Boys Over Flower.
Mesti ramai yang cair macam marshmallo kene bakar bila tengok cerita ni. Kan..Kan..Kan..
Boys Over Flower
Eleh.. Tak payah tipu! Sebab Esah pun lebih kurang je. Haha. Bukan itu yang Esah nak kata. Tapi ini sebenarnya yang Esah nak share:
Para pelakon drama ni tak dinafikan memanglah kacak lagi bergaya. Itu merupakan 1 tarikan buat para penonton yang mostly terdiri daripada kaum perempuan. Jadi tak hairanlah kalau dorang jawab "They are so handsome! I love 'em!! Oh my.. I wanna cry.." =_=
Watak yang dibawa oleh para pelakon tersebut adalah watak lelaki yang sentiasa diimpikan oleh hampir setiap wanita. Contoh : Ji hoo yang ibarat guardian kepada Jan Di. Plus dia handsome! Wanita mana lah yang takmenggiler bila tengok dia kan. Jadi di situ mereka dah set dalam kepala hotak mereka bahawa orang lelaki Korea ni baik bak malaikat la kononnya. Caring bagai. Hakikatnya? Esah pon tak tahu. Haha..
Selain daripada itu, kisah cinta yang dipaparkan bagi pandangan wanita sangat 'best'! Maksud Esah cara lelaki tu layan perempuan yang dia cintai plus dengan scene2 yang romantik. Memang amat digemari oleh wanita. Bagi mereka dalam realiti mungkin tak ada pon lelaki seperti watak-watak dalam drama tu.(hehe.. saje je nak highlight..memang betul pon kan..) Jadi, tak dapat realiti fantasi pon boleh la kan..
Kim Hyun Joong memang handsome!!XD
Selain daripada drama korea, lagu-lagu Korea ni boleh tahan best la bagi Esah. Pada pandangan Esah lah, Girlfriends kat luar sana memang tak sah lah kalau dengar lagu korea tapi tak tengok MV mereka.
Satu lagi kelebihan yang tak dapat nak disangkal tentang artis lelaki korea ni, sekiranya mereka adalah penyanyi maka haruslah mereka pandai menari. Tapi ada je penyanyi yang 'keras'.
Gerak tari mereka yang lincah, menarik dan cambest tu memang dapat menawan hati para gadis la wa cakap lu... Haha. Over pula. Maaf. So, awek mana yang tak cairkan. Ada orang cakap, bila seseorang tu muka dah memang kacak, pakai apa pon nampak handsome. Inikan lagi bila tengok dorang menari. Tapi tu orang la cakap. Bukan Esah cakap oke. Tak percaya? Nah tengok ni..
Yes! Mesti ada orang akan cakap "Eleh.. Kecoh plak.. Aku pon boleh dance macam tu. Huh!"
Yeah.. Like I care. Haha..
kim hyung joon pon handsome juga..HAHA!
Esah bukanlah nak memuji lelaki Korea ni sangat. Cuma apa yang Esah kata ni berdasarkan pendapat Esah sahaja. Kalau ada yang tak puas hati simpan je dalam hati. Oke. =D
Kepada lelaki-lelaki Melayu, Esah tahu anda semua sikit pon tak cemburu dengan jejaka-jejaka Korea ni.
Good for you! :)
Kepada para gadis dan wanita yang memang minat habis dengan K-POP dan yang berkaitan ni la Esah harap janganlah sampai tak lalu makan, dan mengabaikan manusia-manusia lain yang berada berhampiran anda. Kalau ada yang sampai macam tu sekali, my advice is you NEED to find your life! Get a life dears.
My last words.. K-POP ni semua maybe bermusim sahaja. Zaman akan berubah. Pada masa akan datang kita tak tahu apa pula yang akan munculkan. Tak kan lah sampai ketua kita nak minat dengan mereka semua tu. Tak salah pon kalau nak minat. Cuma bila umur masing-masing dah berganjak ke 40-an ke atas, Esah rasa lebih baik kita minat atau pupuk minat yang dah sememangnya wujud di dalam diri masing-masing tu. Minat apa? Minat untuk memperkukuhkan lagi iman di dada dan serahkan seluruh jiwa raga kepada yang Maha Esa. =)
Esah tak katalah kalau dah berumur je baru nak tingkatkan ibadah. Sendiri mahu ingatlah DERR.. HEHE..
Sampai sini sahaja la ya. Selamat bergembira selagi mampu.
Pernah tak adik-adik lalui detik-detik yang mendebarkan dalam hidup? Mestilah pernah kan. Setiap orang akan melaluinya. Esah pun tak terkecuali. Tapi Esah bukan nak cerita tentang detik-detik tersebut yang pernah Esah tempuhi sebelum ni. Sebaliknya Esah nak cerita tentang bagaimana perasaan para ibu ketika menguruskan majlis perkahwinan anak mereka. Eh, mana Esah tahu pasal perasaan ibu-ibu terbabit? Macamlah Esah dah jadi ibu??
Ya tak ya juga kan... =/
Ok.. Macam ni. Pak cik Esah yang tersayang bakal melangsungkan perkahwinannya pada hujung tahun ini. Wah.. Dah macam promote pula eyh.. Hehe. :D
Biasalah bila anak yang nak kahwin, ibu pula yang tak senang duduk. Mengalahkan bakal pengantin pula dah. Itulah kenyataan yang sedang dialami oleh nenek Esah. Tak percaya? Nah.. Tengok ni..
Alololo.. comelnya nenek Esah ni.. Haha.. Berdusta! Saje je. Nenek Esah tu lebih kurang macam ni la bila dia gelisah. Cute kan..=)
Antara sebab mengapa nenek Esah rasa macam tu ialah tentang HANTARAN!! Zaman sekarang ni hantaran tak main lah serat dua rat. Paling kurang pun RM10k. NAH!!! Hamek kau!
Tak ke rasa nak buat-buat pitam tu namanya.. Selain tu ada sebab lain lagi.
Tentang hantaran yang berdulang-dulang tu pun menjadi penyebab penyakit darah rendah boleh datang.
Bagaimana boleh jadi macam tu? Mari esah terangkan.
Tak payah la terangkan. Tengok gambar dah tahu sebab apa. Plus hantaran kalau tak mahal-mahal tak sah.
Botak kepala mak!! Tapi haruslah kan..Kata nak kahwin. Hehe.. Eyh.. Esah, kau gelakkan orang. Tiba time kau kahwin nanti rasakan kau!! Oommaaii... Tak pe. Esah kahwin lambat lagi. :P
Tak ketinggalan pelamin untuk bersanding nanti. Kalau agak-agak tak muat untuk seluruh kaum kerabat bergambar di atas pelamin bila sesi tepung tawar selesai memang tak sah la kan.. Bayangkanlah betapa besarnya pelamin tu? Kalau runtuh nanti satu hal pula.
Hish..Esah ni hiperbola je tau. Kalau pelamin dah gah macam ni, runtuh memang buat bubur kering je la.
Berasap poket tu. :D Mahu tak ngigau nenek Esah nak fikir semua ni? Sabar ye nek. YOU ARE ROCK!! *eh, tak memasal pula. cheezel! =_=
Sebenarnya banyak lagi perkara berkaitan yang membuatkan my granny tu mengigau-ngigau tiap malam. Tapi Esah rasa tak perlu lah Esah cerita semua. Bla...bla..bla... Buhsan pula nanti.
Jadi Esah nak undurkan diri dulu lah. Mahu ngedate bersama Encik-encik korea yang kachaks...=D
Ok. Bye!