Wednesday, 30 March 2011

Debaran Menunggu Hari Bahagia.

Assalamualaikum adik-adik...

Pernah tak adik-adik lalui detik-detik yang mendebarkan dalam hidup? Mestilah pernah kan. Setiap orang akan melaluinya. Esah pun tak terkecuali. Tapi Esah bukan nak cerita tentang detik-detik tersebut yang pernah Esah tempuhi sebelum ni. Sebaliknya Esah nak cerita tentang bagaimana perasaan para ibu ketika menguruskan majlis perkahwinan anak mereka. Eh, mana Esah tahu pasal perasaan ibu-ibu terbabit? Macamlah Esah dah jadi ibu??
Ya tak ya juga kan... =/

Ok.. Macam ni. Pak cik Esah yang tersayang bakal melangsungkan perkahwinannya pada hujung tahun ini. Wah.. Dah macam promote pula eyh.. Hehe. :D
Biasalah bila anak yang nak kahwin, ibu pula yang tak senang duduk. Mengalahkan bakal pengantin pula dah. Itulah kenyataan yang sedang dialami oleh nenek Esah. Tak percaya? Nah.. Tengok ni..


Alololo.. comelnya nenek Esah ni.. Haha.. Berdusta! Saje je. Nenek Esah tu lebih kurang macam ni la bila dia gelisah. Cute kan..=)
Antara sebab mengapa nenek Esah rasa macam tu ialah tentang HANTARAN!! Zaman sekarang ni hantaran tak main lah serat dua rat. Paling kurang pun RM10k. NAH!!! Hamek kau!
Tak ke rasa nak buat-buat pitam tu namanya.. Selain tu ada sebab lain lagi.

Tentang hantaran yang berdulang-dulang tu pun menjadi penyebab penyakit darah rendah boleh datang.
Bagaimana boleh jadi macam tu? Mari esah terangkan.
Tak payah la terangkan. Tengok gambar dah tahu sebab apa. Plus hantaran kalau tak mahal-mahal tak sah.
Botak kepala mak!! Tapi haruslah kan..Kata nak kahwin. Hehe.. Eyh.. Esah, kau gelakkan orang. Tiba time kau kahwin nanti rasakan kau!! Oommaaii... Tak pe. Esah kahwin lambat lagi. :P


Tak ketinggalan pelamin untuk bersanding nanti. Kalau agak-agak tak muat untuk seluruh kaum kerabat bergambar di atas pelamin bila sesi tepung tawar selesai memang tak sah la kan.. Bayangkanlah betapa besarnya pelamin tu? Kalau runtuh nanti satu hal pula.


Hish..Esah ni hiperbola je tau. Kalau pelamin dah gah macam ni, runtuh memang buat bubur kering je la.
Berasap poket tu. :D  Mahu tak ngigau nenek Esah nak fikir semua ni? Sabar ye nek. YOU ARE ROCK!! *eh, tak memasal pula. cheezel! =_=

Sebenarnya banyak lagi perkara berkaitan yang membuatkan my granny tu mengigau-ngigau tiap malam. Tapi Esah rasa tak perlu lah Esah cerita semua. Bla...bla..bla... Buhsan pula nanti.
Jadi Esah nak undurkan diri dulu lah. Mahu ngedate bersama Encik-encik korea yang kachaks...=D
Ok. Bye!

Monday, 28 March 2011

aku tak sombong! cuma......

Macam mana nak mulakan ayat untuk entry ni ek?? Hurmm...
Bukan apa. Cuma Esah rasa macam sombong je dengan kawan-kawan Esah kebelakangan ini.
Yelah. Tegur tak. Balas message diorang pun tak. Apatah lagi text diorang. Diorang?? Siapa diorang tu?
Alaa Esah ni. Kawan kerabat kau la. Siapa lagi kan..

Kadang-kadang kesian pula bila fikir balik. *tu nasib baik kau fikir balik..kalau tak fikir ade kau kesian kat orang lain?! Baiklah. Esah mengaku Esah salah sebab diam tanpa khabar berita. Kesian kat Abang Sasa, Abang Kembar, En. Naim dan sesiapa yang sudi bertanya khabar tetapi dengan sombongnya Kak Esah ni tak respond apa-apa.
Walaupun mereka semua tak mungkin dapat baca entry yang Esah tulis ni, tapi Esah tetap nak minta maaf. 
Esah cuma nak bersendirian. Esah bukan di dalam mood untuk contact siapa-siapa sekarang ni. Mahu pun rakan-rakan di fesbuk tu. Melainkan si nenek HAWT yang sorang tu. Hehe.

Kadang-kadang dalam hidup kita ni ada benda yang kita tak dapat nak jelaskan dengan kata-kata. Hanya hati yang mampu untuk bersuara. Kata maaf pengganti bicara andai tindakan ini memahat duka nestapa.
Ceeewwaaahhh!!! Ayat novel!! Tak tahan Esah. Haha. Al-maklumlah. Baru lepas habis baca novel.
Tiba-tiba terpancut idea nak tulis ayat-ayat separuh jiwang itu. =P
 Sukati Esah la kan nak jiwang ke tak. Hade aku kesah?! *eh2 tiba-tiba nak melenting pula.=_=* ok Maaf.
Esah rasa setakat ni je la. Esah tak ada cerita yang menarik lagi untuk di'entry kan di sini. Besok-besok insyaallah ada. ok Bubye! =)

Ey..Ey.. Esah tak tahu kenapa hati ni terlonjak-lonjak macam nak buat bungee jumping (x memasal) !!
Hehehe..bukan la..Esah cuma nak share gambar pelakon korea yang sememangnya ramai dah tahu pasal dia ni. Esah cuma nak letak gambar-gambar dia je kat sini. Alaa.. Sekadar untuk cuci mata. Huhu.. Lee Dong Wook!!! Mesti ramai yang kenal dia. Dia je yang tak kenal anda-anda semua termasuk Esah ni. :D
Dah la.. Nah. Mari cuci mata. Kepada yang sakit mata,, sila tutup mata!

Comel sangat dia ni. Suka!





Gaya bersahaja tapi boleh bergetar jiwa ni. ngehh~~




Ini my fav!!! Soo charming & warming..:D

Sunday, 27 March 2011

Finally..

Assalamualaikum dan hai...

Selangkah ke UiTM!! Yeah.. Esah nak cerita ni. Tadi Esah pergi Ekspo kat UiTM Shah Alam tu.
Kampus dia dah macam airport pula. (eh,ada kene mengena ke?) kanak-kanak! Iyakan aje kata Esah ni.=D
Baiklah setahu Esah la kan, UiTM kt S.Alam tu kampus yang terbesar antara banyak-banyak kampus UiTM kat Malaysia ni. Sesat la juga Esah nak pergi dewan berlangsungnya Ekspo tersebut. Adoyai... Nasib baik ada Abang Rabun bagi guide kat Esah tadi. Siapa Abang Rabun ye? Ala.. Abang tu laaa... Yang Esah pernah tersuka kat dia dulu masa kat sekolah menengah. Ooppss.. Jangan diungkit kisah lalu. Nononononoooo...

Sebenarnya Abang Rabun tu study di UiTM tu. Kebetulan sebelum keluar daripada rumah tadi, Esah hampir-hampir eksiden dengan dia kat depan rumah Esah ni. Haha. Tak lah sampai nak eksiden pon. Esah ni la yang bawa kereta menonong je. Esah tak nampak pon dia ada kat belakang kereta Esah masa tu. Tiba-tiba dia muncul. Pada mulanya Esah tak tahu pun itu dia. Yela. Lepas je Esah menonong tu, Esah langsung tak pandang siapa yang drive kereta tersebut. Malu kot.. hahaha..
Then, tak semena-mena, dia text Esah. Dia kata "bawa kereta elok-elok. Jangan main keluar je". Haha..
Rasa kelakar pula. Ok. Cukuplah tu pasal Abang Rabun ni.
Karang tak pasal-pasal tersuka balik kat dia pula. ngeehh~~ Gedik Esah ni..=p

Bila dah sampai kat dalam dewan ekspo tu, Esah ronda-ronda la booths yang ada. Semua Esah usha. Tapi ada la dua tiga yang Esah dok tanya-tanya kat orang yang jaga booth tu.
Banyak pengetahuan yang Esah dapat daripada ekspo tadi.
Antaranya, tentang asasi sains di UiTM. Kalau kita berjaya memperoleh CGPA 3.81 ke atas, barulah kita layak untuk memohon degree in medic or in dentistry. Kalau kurang daripada tu, harapan je la nak jadi doktor. Tapi boleh ambil course lain seperti farmasi.

Al-kisahnya tadi pintu hati Esah dah terbuka. Dah dapat hidayah la layaknya.
Perasaan Esah melonjak-lonjak suruh Esah pilih bidang sains untuk sambung belajar. Jadi, borang upu tu Esah isi dengan semangatnya tadi. 1st choice Esah letak asasi sains-uitm.. Semangat tu. Esah yakin dengan pilihan Esah tu. Insyaallah. Amin~~

Ok.. Tu je la yang Kak Esah nak kongsi dengan adik-adik semua. Seperti biasa. Ending entry Kak Esah mesti nak letak gambar. HARUSLAH!!! Hehe..
Teringin nak letak gambar Abang Rabun kat sini. Tapi nonononono.. Teettttt!!!
Tiada tayangan percuma di sini..:) sudah la.. Bye!

Sini la Esah pergi tadi. Awsome!!

Esah nak masuk sini. Please..Please...Amin~~

Friday, 25 March 2011

apa yep lepas ni?hurmm...

SPM dah lepas. Tapi sekarang ni Esah rasa keliru la nak pilih bidang apa untuk sambung belajar??!!
Tak ada ke bidang asasi keibuan ke... Asasi rumah tangga ke.. Kalau ada memang konpem-konpem la Esah GRABB!!! hehe.. Nak senang je kan kau! Inilah anak muda zaman sekarang. *eh..tiba-tiba plak kau. LOL~~

Kawan-kawan Esah sekarang ramai yang bz nak cari scholarship. Tapi Esah tak rasa pun nak ambil mana-mana scholarship. Kenapa ye? Ntah la. Mungkin Esah rasa tak layak nak mohon biasiswa. Ramai lagi yang keputusan cemerlang terbilang. Tapi.. Esah pun tak tahu. Dah lah. Esah tak minat nak bercerita tentang biasiswa segala ni.

Esah nak cerita tentang sorang kawan Esah ni. Dia dapat tawaran sambung belajar daripada ALAM. Waaa!!!
Rezeki dia tu. Cuma dia dalam keadaan dilema nak terima atau tidak? Esah bagi tahu dia lebih baik dia pergi. Insyaallah cerah masa depan. Esah tahu apa yang menyebabkan dia keberatan untuk pergi. Dia tak sanggup nak tinggalkan ibu bapa dia. Lagi pun, dia anak tunggal. Esah faham keadaan dia.

Satu lagi yang menjadi kerungsingan dia adalah soal kahwin. Al-maklumlah... Kalau dah masuk ALAM ni 6 bulan sekali baru balik rumah. Sedih je bunyi. Kawan Esah ni sempat lagi bergurau. Dia cakap kalau satu hari nanti dia melamar Esah, adakah Esah akan terima? Hahaha.. Dia ni memang suka bergurau. Tambahan kami memang rapat. Tapi itulah.. Jodoh ni di tangan Allah. Tak mustahil kami ada jodoh. Cuma Esah tak berminat nak fikir tentang hal tersebut buat masa sekarang ni. Belum sampai 'seru' lagi la. Ok. :)

Apa-apa pun Esah harap Esah buat keputusan yang bijak untuk sambung belajar dalam bidang apa lepas ni.
Biarlah apa yang Esah akan ceburi selepas ini akan mendatangkan kebaikan kepada agama, bangsa dan negara. Amin ~~

Baiklah. Mari lihat foto di bawah. Khas untuk kawan Esah.. =)
Teringin juga Esah naik kapal merin ni..Huhu..


Esah doakan kau dapat jadi salah seorang daripada abang2 kat atas ni..=)

Thursday, 24 March 2011

Gembira dalam duka..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Pada tanggal 23 Mac 2011, hampir seluruh pelajar SPM 2010 telah mengambil keputusan SPM di sekolah masing-masing. Tidak terkecuali insan yang bernama Esah ni. Hahahahahakkktuihh...
Ayat Esah ni dah macam ayat dalam surat khabar yang konpem-konpem la kena kutuk kalau tunjuk kat editor surat khabar Metro. hah?!! Pahal tetibe Metro plak perginye?! Ok. Esah merepek. Maaf!

Pagi tu lepas Esah solat Subuh, Esah lepak-lepak kejap kat atas katil. Bila jarum panjang dah dekat pukul 8 pagi, Esah terus t\pergi mandi. Dalam pukul 9.30 baru Esah dan parent Esah gerak menuju ke emaresem Esah yang terChenta tu.

Setengah jam yang pertama berada di dalam kereta Esah cool lagi. Masuk minit ke 31, Esah terus buka seat-belt. Rasa macam tak senang duduk la. Esah rasa ayah Esah drive macam slow gila. Padahal abah dah speed sampai 120. Itulah kali pertama dalam hidup Esah rasa berdebar sesangat.

12.05 tengah hari Esah selamat sampai di perkarangan sekolah yang sangatlah Esah rindu sejak 3 bulan yang lalu. Turun dari kereta, Esah terus grab tangan mama sambil jalan menuju ke D.Bend. Ramai kawan-kawan Esah yang dah sampai dan Esah tengok muka diorang bahagia je. Okey. Esah takut sangat masa tu.
Sebelum melangkah masuk ke dalam dewan tersebut, Esah ternampak seseorang yang sangat Esah rindu selama ini. Tapi perasaan teruja nak ambil result SPM tu lagi membuak-buak. Jadi Esah lupakan dulu 'orang tu'.

Bila slip SPM Esah sampai kat tangan Esah, Esah tak tahu nak cakap apa. Rasa macam tak berpijak kat atas lantai dewan tu je. Gembira sangat-sangat. Kemudian Esah tunjuk keputusan Esah kat mama dengan Abah. Diorang ucap tahniah. Mama peluk Esah. Dan entah kenapa air mata Esah ni dengan mudahnya mengalir. Mama pelik la. Dia tak pasti tu air mata gembira atau sebaliknya. HARUSLAH air mata gembira.
Biarlah orang nak cakap apa pun tentang keputusan aku. Apa yang aku tahu, aku bangga dengan pencapaian aku tu. Alhamdulillah.

Lepas tu Esah pergi la jumpa cikgu-cikgu Esah. Dah habis jumpa cikgu semua, Esah ingat lagi ada orang tu janji nak jumpa dengan Esah. Ada benda yang nak dia katakan pada Esah. Esah tanya dia kat mana. Alih-alih dia kata dia dah balik!! huhh... Agak sedih la juga. Dia tak bagi tahu pun dia dah balik. Kalau Esah tak tanya dia, agak-agak ada ke dia nak bagi tahu Esah? hurmm.. Kecewa dengan dia buat kali ke berapa Esah tak tahu?

Then, Esah tanya apa yang dia nak bagi tahu Esah sampai beriya-iya kata nak jumpa Esah la konon tu..
Jawapan yang dia bagi sekali lagi buat Esah kecewa. Entah la. Lepas ni kitorang dah tak akan jumpa lagi.
Esah nak ucapkan selamat tinggal kat dia secara berdepan buat kali terakhir. Tapi tak ada rezeki nak jumpa.
Dah takdir tertulis macam tu. Esah reda. Cuma perasaan sedih tu tetap ada.
Lepas ni, kalau jumpa lagi, jumpa la.. Kalau tak jumpa, tak ada jodoh la maksudnya.. :']

ok lah.. Bye.

Monday, 21 March 2011

Si Badut Rockstar!! \m/


Hai.. Sayalah Si Badut Rockstar!!! Hidung Esah sekarang dah bertukar menjadi warna merah sama macam gambar di atas. Suara Esah pun dah tukar jadi ala-ala ROCKSTAR!!! Haih... Esah!! Kau merepek ntah apa-apa la.... Adoyai...=_=

Esah tak boleh nak tahan la bila rasa nak bersin banyak-banyak kali dalam satu masa ni. Dah tu hidung!! Lama-lama boleh mendatangkan sakit kepala woa.... Tapi Esah dah amek ubat selsema sebiji tadi. Insyaallah elok la ni nanti. Bersin-bersin pun Esah tetap gedik nak post entry kat sini.. Eh! punye suka la!! Blog Esah... HEHE...

Sekali Esah bersin, memang kuat bunyinya. Kalau kau ade sakit jantung boleh jalan bila tiba-tiba terdengar aku bersin laksana kapal cruise berlanggar. *x memasal* HAIH...sigh..-_-
Mungkin disebabkan itu lah, peti suara aku terjejas. Kemudian menyebabkan suara aku bertukar menjadi garau umpama budak-budak baru lepas khatan. (eh...yeke?haha..itu dusta!)
Tapi Esah suka dengan suara serak-serak basah ni. Rasa seksi pula!! ~_~ Astaghfirullah...
Esah tahu lah.. Kita tak boleh mengubah takdir Tuhan tanpa keizinan-NYA.

Baiklah. Point Esah pada kali ini tidaklah khusus. Sekadar luahan rasa ketika diri ini sedang sakit.
Alaaa... Sakit sikit nak kecoh! Gedik la lu Esah...*sigh...
Eh2.. Lupa pula... Hari Rabu ni Esah nak pergi ambil result di emaresem yang tercinta. Buat masa ini, keadaan Esah masih boleh dikawal. Esok lusa tak tahu lah... Harap-harap tak melarat. Insyaallah...
Ok lah..Esah mengatuk dah ni... Kesan dadah dah  'MARI'!!! Hahahaha...

Good nite Bloggie... Hello katil yang empuk lagi besar...*wahh...Show Off!!! =B