Tuesday, 31 May 2011

LINCAH SISWI!! LINCAH!! =D

Assalamualaikum. Tak jawab dosa.. Kalau jawab tandanya sayang... =P


Dah lama aku tak meng'update' blog yang suam-suam kuku je ni. Ahaihh... Bukan apa. BZ memanjang..(kononnya lah..) Al-maklumlah semenjak dah masuk alam baru ni, keadaan semua dah lain daripada dulu. No more cerita Korea. Facebook pon online malam je. Hari ini disebabkan kelas habis awal, sempatlah aku nak merepek sebarang dua kat blog ni.

22 Mei 2011 : Daftar ke UiTM Puncak Alam.
Perasaan : Gementar, keliru, gembira dan normal.
Kawan-kawan : Ramai daripada ex-schoolmate.
Kelas : B8 (menarik,bising,seronok)
Orientasi : MDS. Best!! Penat, kelakar, Abg2 PM handsome!!!=D

Nah!! Hamek kau! Aku malas nak ulas panjang-panjang. Kat atas ni sudah pon aku ringkaskan apa yang aku rasa perlu untuk diberitahu di belog ni. *nampak sangat pemalas kau ni Esah! Ah..Kesah pula aku kan.. Suka hati la. Ok. Kelas dah start. Banyak buku nak kena beli. Kaching!!Kaching!!kaching!! Duit Mari...~~

Tapi tak apa lah. Dengan ilmu kita mana boleh berkirakan. Jadi kita redah je...
Aku nak upload gambar-gambar kat sini. Tapi tak terambil lagi gambar-gambar. Jadi, bila-bila aku nak update lagi belog ni nanti aku upload la gambar-gambar istimewa yang aku ada kat sini. Aisehh... Har..Har..Har... =D

Annyeong!!!^^

Tuesday, 17 May 2011

Macam mana nak jadi orang besar?

Assalamualaikum & Selamat sejahtera.

Pada saat ini, hampir semua kawan-kawan Esah sedang 'hot' bercerita tentang scholarship yang mereka dapat.
Tapi tidak bagi Esah. Sebab apa eyh? Senang je. Jawapannya ialah Esah bukan mohon pon untuk pergi luar negara ni. Esah bukan tak mahu pergi belajar ke luar negara. Tapi Esah tak rasa pencapaian Esah dalam SPM haritu cukup layak untuk dijadikan sebagai tiket untuk mendapatkan tawaran biasiswa tersebut.

Rezeki masing-masing telah ditentukan oleh Allah. Esah brsyukur dengan apa yang Esah dapat sekarang ni. =)
Apa yang Esah fikir sekarang ini ialah bagaimana untuk menjadi seorang yang dewasa. Al-maklumlah.. Nak masuk universiti dah kan sekarang ini.Tak bolehlah nak jadi keanak-anakkan lagi. HALLO!!ESAH BUKAN KANAK-KANAK LAGI O.K.! Terima kasih.

Kejayaan hidup seseorang itu bukan bergantung kepada setinggi mana tahap akademik mereka. Tetapi setinggi mana usaha mereka dalam meneruskan kehidupan yang penuh dugaan ini. Tidak guna belajar sampai ke Negara China tetapi buta dalam "survival skill". Bak kata Abah Esah, "Tanpa survival skill dalam diri, jangan harap boleh berjaya dalam hidup,". Ada benarnya.

Jadi, Esah akan memantapkan kemahiran dalam kehidupan yang Esah bakal lalui ini. Tapi bagaimana untuk memantapkan kemahiran tersebut? Jawapannya ialah, melalui pengalaman. Jadi "GALILAH" sedalam mana pon untuk memperoleh pengalaman tersebut. Jangan takut untuk gagal. Kerana kegagalan itu adalah guru yang terbaik untuk kita belajar memajukan diri ini. Tidak perlu takut untuk keluar daripada 'zon selesa' diri sendiri. Dengan itu barulah kita dapat mengenal pasti sejuah mana kematangan kita dalam mengharungi hidup ini.

What you pay is What you get!!
^_^