Assalamualaikum adik-adik...
Pernah tak adik-adik lalui detik-detik yang mendebarkan dalam hidup? Mestilah pernah kan. Setiap orang akan melaluinya. Esah pun tak terkecuali. Tapi Esah bukan nak cerita tentang detik-detik tersebut yang pernah Esah tempuhi sebelum ni. Sebaliknya Esah nak cerita tentang bagaimana perasaan para ibu ketika menguruskan majlis perkahwinan anak mereka. Eh, mana Esah tahu pasal perasaan ibu-ibu terbabit? Macamlah Esah dah jadi ibu??
Ya tak ya juga kan... =/
Ok.. Macam ni. Pak cik Esah yang tersayang bakal melangsungkan perkahwinannya pada hujung tahun ini. Wah.. Dah macam promote pula eyh.. Hehe. :D
Biasalah bila anak yang nak kahwin, ibu pula yang tak senang duduk. Mengalahkan bakal pengantin pula dah. Itulah kenyataan yang sedang dialami oleh nenek Esah. Tak percaya? Nah.. Tengok ni..
Alololo.. comelnya nenek Esah ni.. Haha.. Berdusta! Saje je. Nenek Esah tu lebih kurang macam ni la bila dia gelisah. Cute kan..=)
Antara sebab mengapa nenek Esah rasa macam tu ialah tentang HANTARAN!! Zaman sekarang ni hantaran tak main lah serat dua rat. Paling kurang pun RM10k. NAH!!! Hamek kau!
Tak ke rasa nak buat-buat pitam tu namanya.. Selain tu ada sebab lain lagi.
Tentang hantaran yang berdulang-dulang tu pun menjadi penyebab penyakit darah rendah boleh datang.
Bagaimana boleh jadi macam tu? Mari esah terangkan.
Tak payah la terangkan. Tengok gambar dah tahu sebab apa. Plus hantaran kalau tak mahal-mahal tak sah.
Botak kepala mak!! Tapi haruslah kan..Kata nak kahwin. Hehe.. Eyh.. Esah, kau gelakkan orang. Tiba time kau kahwin nanti rasakan kau!! Oommaaii... Tak pe. Esah kahwin lambat lagi. :P
Tak ketinggalan pelamin untuk bersanding nanti. Kalau agak-agak tak muat untuk seluruh kaum kerabat bergambar di atas pelamin bila sesi tepung tawar selesai memang tak sah la kan.. Bayangkanlah betapa besarnya pelamin tu? Kalau runtuh nanti satu hal pula.
Hish..Esah ni hiperbola je tau. Kalau pelamin dah gah macam ni, runtuh memang buat bubur kering je la.
Berasap poket tu. :D Mahu tak ngigau nenek Esah nak fikir semua ni? Sabar ye nek. YOU ARE ROCK!! *eh, tak memasal pula. cheezel! =_=
Sebenarnya banyak lagi perkara berkaitan yang membuatkan my granny tu mengigau-ngigau tiap malam. Tapi Esah rasa tak perlu lah Esah cerita semua. Bla...bla..bla... Buhsan pula nanti.
Jadi Esah nak undurkan diri dulu lah. Mahu ngedate bersama Encik-encik korea yang kachaks...=D
Ok. Bye!



kahwin?ha,asal tetibe ni kak esah
ReplyDeletehaha..saje je..
ReplyDeletejemputlah datang time Kak Esah kahwin nanti..:D
...:)hehe...jemput saya sekali
ReplyDeletehehe...semua orang saya jemput nnt.. :)
ReplyDelete