Friday, 22 April 2011

Sebab Mengapa Lelaki Korea Lagi Digilai Para Wanita...

Assalamualaikum dan hai...

Janganlah dengki dengan Justin Bieber. Hampir semua gadis diseluruh dunia boleh dikategorikan sebagai 'peminat susah mati' Justin Bieber. Yep memang Justin Bieber selalu kena kiss dengan girl. Kau hader? Hell yeah!! Haruslah tak der kan. So guys.. Please be cool. Dah tersurat takdir dia macam tu. Kalau tak nak support dia, lantak la kau. Hader aku kesah?!

Eh. Tak memasal je terkeluar pasal anak Bieber ni pula. Hehe. Maaf.
Oke. Straight to the point. Sebenarnya tajuk entry ni merujuk kepada artis lelaki Korea. Diulang artis lelaki Korea.

Tak dinafikan hampir semua perempuan tak kira la muda mahu pun tua diseluruh dunia ni meminati artis K-POP ni. Khususnya artis lelaki. Bila tanya kenapa? Ramai yang akan jawab "sebab dorang sangatlah cute!!! Kacak, caring, loving, charming, sweet, candy dan bla..bla..bla.."
Berbakul-bakul pujian akan dilontarkan. Am I right?? 
Hakikatnya jawapan yang diberikan oleh para peminat artis Korea ni kebanyakannya berdasarkan apa yang mereka lihat. Maksud Esah macam ni. Esah ambil contoh drama Korea yang HIT!! Boys Over Flower.
Mesti ramai yang cair macam marshmallo kene bakar bila tengok cerita ni. Kan..Kan..Kan..

Boys Over Flower
Eleh.. Tak payah tipu! Sebab Esah pun lebih kurang je. Haha. Bukan itu yang Esah nak kata. Tapi ini sebenarnya yang Esah nak share:
  1. Para pelakon drama ni tak dinafikan memanglah kacak lagi bergaya. Itu merupakan 1 tarikan buat para penonton yang mostly terdiri daripada kaum perempuan. Jadi tak hairanlah kalau dorang jawab "They are so handsome! I love 'em!! Oh my.. I wanna cry.." =_=
  2. Watak yang dibawa oleh para pelakon tersebut adalah watak lelaki yang sentiasa diimpikan oleh hampir setiap wanita. Contoh : Ji hoo yang ibarat guardian kepada Jan Di. Plus dia handsome! Wanita mana lah yang tak menggiler bila tengok dia kan. Jadi di situ mereka dah set dalam kepala hotak mereka bahawa orang lelaki Korea ni baik bak malaikat la kononnya. Caring bagai. Hakikatnya? Esah pon tak tahu. Haha..
  3. Selain daripada itu, kisah cinta yang dipaparkan bagi pandangan wanita sangat 'best'! Maksud Esah cara lelaki tu layan perempuan yang dia cintai plus dengan scene2 yang romantik. Memang amat digemari oleh wanita. Bagi mereka dalam realiti mungkin tak ada pon lelaki seperti watak-watak dalam drama tu.(hehe.. saje je nak highlight..memang betul pon kan..) Jadi, tak dapat realiti fantasi pon boleh la kan..
Kim Hyun Joong memang handsome!!XD


Selain daripada drama korea, lagu-lagu Korea ni boleh tahan best la bagi Esah. Pada pandangan Esah lah, Girlfriends kat luar sana memang tak sah lah kalau dengar lagu korea tapi tak tengok MV mereka.
Satu lagi kelebihan yang tak dapat nak disangkal tentang artis lelaki korea ni, sekiranya mereka adalah penyanyi maka haruslah mereka pandai menari. Tapi ada je penyanyi yang 'keras'.

Gerak tari mereka yang lincah, menarik dan cambest tu memang dapat menawan hati para gadis la wa cakap lu... Haha. Over pula. Maaf. So, awek mana yang tak cairkan. Ada orang cakap, bila seseorang tu muka dah memang kacak, pakai apa pon nampak handsome. Inikan lagi bila tengok dorang menari. Tapi tu orang la cakap. Bukan Esah cakap oke. Tak percaya? Nah tengok ni..


Yes! Mesti ada orang akan cakap "Eleh.. Kecoh plak.. Aku pon boleh dance macam tu. Huh!"
Yeah.. Like I care. Haha..

kim hyung joon pon handsome juga..HAHA!

Esah bukanlah nak memuji lelaki Korea ni sangat. Cuma apa yang Esah kata ni berdasarkan pendapat Esah sahaja. Kalau ada yang tak puas hati simpan je dalam hati. Oke. =D
Kepada lelaki-lelaki Melayu, Esah tahu anda semua sikit pon tak cemburu dengan jejaka-jejaka Korea ni.
Good for you! :)

Kepada para gadis dan wanita yang memang minat habis dengan K-POP dan yang berkaitan ni la Esah harap janganlah sampai tak lalu makan, dan mengabaikan manusia-manusia lain yang berada berhampiran anda. Kalau ada yang sampai macam tu sekali, my advice is you NEED to find your life! Get a life dears.

My last words.. K-POP ni semua maybe bermusim sahaja. Zaman akan berubah. Pada masa akan datang kita tak tahu apa pula yang akan munculkan. Tak kan lah sampai ketua kita nak minat dengan mereka semua tu. Tak salah pon kalau nak minat. Cuma bila umur masing-masing dah berganjak ke 40-an ke atas, Esah rasa lebih baik kita minat atau pupuk minat yang dah sememangnya wujud di dalam diri masing-masing tu. Minat apa? Minat untuk memperkukuhkan lagi iman di dada dan serahkan seluruh jiwa raga kepada yang Maha Esa. =)

Esah tak katalah kalau dah berumur je baru nak tingkatkan ibadah. Sendiri mahu ingatlah DERR.. HEHE..
Sampai sini sahaja la ya. Selamat bergembira selagi mampu.

Assalamualaikum... =)

2 comments:

  1. ow em gee.. pagi2 dah dicuci mata. haha
    saya suka ini post. :D

    ReplyDelete
  2. haha..i mmg suke cuci mata tiap2 pagi..oomaii..
    can't stop stalkering n staring at those cute,handsome,gorgeous,loveable(overr la kak esah ni) haha..ade aku kesah..seb baik la korea tu jauh.hehehe..=P

    ReplyDelete